EFTA00289214.pdf
📄 Extracted Text (392 words)
Perihal Siri dan Privasi (maeOS)
Apabila anda menggunakan Siri, perkara yang anda sebut akan dirakam dan dihantar
kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Peranti anda juga akan menghantar
maklumat lain kepada Apple, seperti nama dan nama panggilan anda; nama, nama
panggilan dan perhubungan dengan anda (cthnya, "ayah saya") dalam kenalan buku
alamat anda, nama lagu dalam koleksi anda, nama album foto anda dan nama aplikasi
dipasang pada peranti anda (secara kolektif, "Data Pengguna" anda). Semua data ini
digunakan untuk membantu Siri memahami anda dengan lebih baik dan mengenali
perkara yang anda sebutkan. Data ini tidak dikaitkan dengan data lain yang mungkin
dimiliki oleh Apple daripada penggunaan perkhidmatan Apple lain oleh anda. Apabila
anda menggunakan Siri untuk mencari dokumen anda, permintaan Siri dihantar ke
Apple, tetapi nama dan kandungan dokumen anda tidak dihantar ke Apple. Carian
dijalankan secara setempat pada Mac.
Jika anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi peranti anda pada masa
anda membuat permintaan juga akan dihantar kepada Apple untuk membantu Siri
meningkatkan ketepatan respons kepada permintaan anda. Anda boleh memilih untuk
menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Siri. Untuk berbuat demikian, buka
Keutamaan Sistem pada Mac anda, ketik Keselamatan & Privasi, ketik Perkhidmatan
Lokasi, nyahpilih kotak semak untuk Siri.
Anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Siri pada bila-bila masa. Untuk
menyahaktifkan Siri, buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, ketik Siri dan nyahpilih
kotak semak untuk Dayakan Siri. Jika anda menyahaktifkan ciri Siri dan juga
Perencanaan, Apple akan memadamkan Data Pengguna anda serta data input suara
terbaru anda. Data input suara lama yang telah dibatalkan perkaitan daripada anda
mungkin disimpan untuk suatu tempoh masa bagi meningkatkan Siri, Perencanaan dan
fungsi perencanaan dalam produk serta perkhidmatan Apple yang lain secara umum.
Data input suara ini mungkin termasuk fail audio dan transkrip mengenai perkara yang
anda sebut, data diagnostik yang berkaitan, seperti spesifikasi perkakasan dan sistem
pengendalian dan statistik prestasi serta lokasi anggaran peranti anda pada masa
permintaan dibuat.
Anda juga boleh menyekat terus keupayaan untuk menggunakan Siri di bawah Seting
Kawalan Ibu Bapa.
Dengan menggunakan Siri, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran,
pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini, termasuk
input suara anda dan Data Pengguna oleh Apple dan subsidiari serta ejennya, untuk
menyediakan dan meningkatkan fungsi Siri dan perencanaan dalam produk dan
perkhidmatan Apple lain.
EFTA00289214
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan
berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh ditemui di www.apple.com/my/privacy.
EFTA00289215
ℹ️ Document Details
SHA-256
bd77325366bdae078a23434db01e9c375ab525eb96281038f5d6fc1ded0403b2
Bates Number
EFTA00289214
Dataset
DataSet-9
Document Type
document
Pages
2
Comments 0